SUMBANGAN HARI RAYA PAS KAMPAR


Tualang Sekah, 4 Sept. Lajnah Kebajikan PAS Kampar bersama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat telah mengadakan Majlis Sumbangan Hari Raya.Menurut Saudara Sufian Abdul Malek Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kampar majlis ini adalah program tahunan yang diadakan pada setiap kali Hari Raya Aidilfitri.Menurutnya lagi pada tahun ini PAS Kampar membelanjakan RM 10,000 untuk disumbangkan kepada para penerima yang dipilih dari seluruh daerah Kampar. Majlis dirasmikan oleh Tn. Hj Azmi bin Abdul Hamid Pemangku TYDP PAS Kampar, turut serta menyempaikan sumbangan pada majlis itu ialah Setiausaha Kawasan, Bendahari kawasan dan Ketua Muslimat PAS Kawasan.

SUMBANGAN HARI RAYA

Tualang Sekah, 4 Sept.

SUMBANGAN HARI RAYA

Tualang Sekah,Lajnah Kebajikan PAS Kampar bersama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat telah mengadakan Program Sumbangan Hari Raya di Pusat Khidmat Masyarakat.Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan program ini merupakan acara tahunan Lajnah Kebajikan untuk membantu ahli masyarakat bagi meringankan perbelanjaan meyambut Hari Raya. Program melibatkan semua peserta dari seluruh daerah Kampar. Menurutnya lagi pada kali ini Lajnah telah menyumbang sebanyak RM 10,000.















Assalammualaikum YAB Perdana Menteri;
Dengar khabar sedang bercuti;
Bercuti pula di luar negeri;
Ini adalah 1 Nukilan buat Datuk Seri.

Rakyat menghadapi inflasi yang tinggi;

FDI pula merudum lagi;
Jenayah kian menjadi-jadi;
Perdana Menteri bercuti di luar negeri.

UPSR dan PMR tak menentu lagi;

Dikurangkan pulak rakyat punya subsidi;
Harga petrol/diesel gas masak dan gula naik lagi,
RM 222 juta kepada Kuala Dimensi Kerajaan kasi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.

Kasihan Mak Tijah hidup sendiri;

Bajetnya sekadar pencen arwah suami;
Barangan keperluan pula melambung tinggi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.

Muthusamy pergi kerja setiap hari;

Dia kerja bawa teksi;
Mengeluh dia minyak sekarang kurang subsidi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.

Ong sekarang senyum sendiri;

PKFZ hantu sudah mali;
Ling Liong Sik punya trial sandiwara lagi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.
Joseph mengeluh sekali lagi;
Apa sudah jadi kes Project M di Sabah ni;
Pendatang haram pun dapat IC;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.

Kasihan Kaum Penan d bumi sendiri;

Tanah serta hutan mereka sudah menjadi milik kroni;
Nak hidup macam mana mereka nanti;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri bukan dengan duit sendiri tapi ambil duit rakyat sendiri, inilah KPI Perdana Menteri.

Mahfuz Omar Jul 31, 10 2:52pm

Penulis ialah naib presiden PAS dan ahli parlimen Pokok Sena.

SELOKA SELAMAT BERCUTI PERDANA MENTERI...







Assalammualaikum YAB Perdana Menteri;
Dengar khabar sedang bercuti;
Bercuti pula di luar negeri;
...Ini adalah 1 Nukilan buat Datuk Seri.

Rakyat menghadapi inflasi yang tinggi;
FDI pula merudum lagi;
Jenayah kian menjadi-jadi;
Perdana Menteri bercuti di luar negeri.

UPSR dan PMR tak menentu lagi;
Dikurangkan pulak rakyat punya subsidi;
Harga petrol/diesel gas masak dan gula naik lagi,
RM 222 juta kepada Kuala Dimensi Kerajaan kasi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.

Kasihan Mak Tijah hidup sendiri;
Bajetnya sekadar pencen arwah suami;
Barangan keperluan pula melambung tinggi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.

Muthusamy pergi kerja setiap hari;
Dia kerja bawa teksi;
Mengeluh dia minyak sekarang kurang subsidi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.

Ong sekarang senyum sendiri;
PKFZ hantu sudah mali;
Ling Liong Sik punya trial sandiwara lagi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.
Joseph mengeluh sekali lagi;
Apa sudah jadi kes Project M di Sabah ni;
Pendatang haram pun dapat IC;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.

Kasihan Kaum Penan d bumi sendiri;
Tanah serta hutan mereka sudah menjadi milik kroni;
Nak hidup macam mana mereka nanti;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri bukan dengan duit sendiri tapi ambil duit rakyat sendiri, inilah KPI Perdana Menteri.

Sumber:-
Mahfuz Omar Jul 31, 10 2:52pm
Penulis ialah naib presiden PAS dan ahli parlimen Pokok Sena.

Nik Aziz: Tak perlu orang tengah bincang perpaduan

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata PAS tidak memerlukan sebarang orang tengah termasuk mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk berbincang mewujudkan perpaduan dengan Umno, lapor Berita Harian Online.

Nik Aziz berkata, jika perpaduan antara dua parti itu mahu diwujudkan, perbincangan mesti dilakukan secara terus antara presiden kedua-dua parti berkenaan.

Sehubungan itu, katanya tawaran Harussani untuk menjadi orang tengah membentuk perpaduan antara dua parti terbabit adalah satu kesilapan kerana tidak memahami politik.

"Saya berasakan Harussani sudah tidak senang diri atau berasa tidak betul sekiranya beliau tidak campur tangan dalam politik dan tindakannya untuk terbabit dalam isu ini dilihat sebagai satu tindakan betul.

"Setiap orang alim (mufti) mesti campur tangan dalam politik, bukan hanya dihadkan kepada perkara agama seperti nikah kahwin saja, malah mereka perlu campur tangan juga dalam politik, maka betul tindakan Harussani (kanan) itu.

"Namun begitu, disebabkan dia (Harussani) tidak biasa dengan politik, maka dia sanggup menjadi orang tengah antara parti terbabit (PAS dan UMNO), di sini silapnya, mana boleh jadi orang tengah (bagi isu ini).

"Kalau saya hendak mengadakan rundingan dengan UMNO, saya akan berunding terus dengan Presidennya, Najib (Datuk Seri Najib Razak). Salahnya (Harussani) sebab cuba jadi orang tengah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di Kota Bharu, hari ini.

Beliau memberitahu demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan Harussani yang sanggup menjadi orang tengah bagi menyatukan PAS dan UMNO.

sumber Malaysiakini