MAT PAS KAMPAR KALI KE-22 / 1431 H
Ahad, 10 Jumadilawal 1431H – 25 April 2010
Tepat jam 9.00 pagi berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kampar Kali Ke-22 bertempat di Dewan Terbuka PAS Taman Melayu Jaya.
Mesyuarat ini dirasmikan oleh AF Ustaz Haji Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak. Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Anuar Morat, Setiausaha Urusan Ulamak PAS Kampar. Selepas itu alunan ayat suci Al-Quran disampaikan oleh Johan Tilawah Al=Quran Daerah Kinta Selatan 2010 yang merupakan anak kepada ajk PAS Cawangan Batu Berangkai.
Nyanyian lagu rasmi PAS menghangatkan lagi dewan mesyuarat di bawah pimpinan Sdr Ridzuan Rashid
Selepas itu, ucapan aluan daripada Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Tuan Haji Azmi Abdul Hamid. Beliau menyeru semua pendokong PAS Kawasan Kampar memebrikan sumbangan moral dan material untuk memantapkan pergerakan PAS Kampar.
Inti pati ucapan persmian AF Ustaz Haji Abu Bakar Hussin. Asaskan segala gerak kerja menururt acuan tarbiyyah yang telah kita terima selama ini. Kita harus beriltizam untuk memberikan nafas baru kepada jemaah PAS yang kita dokongi ini. Kesegaran sentuhan perjuangan ini perlu dipayungi oleh aqidah yang mantap. Kita wajib menterjemahkan tahaluf siasi di dalam setiap gerak kerja kita. PAS harus mendominasi setiap aktiviti yang didahagakan oleh masyarakat daripada politik hinggalah kepada sukan, hiburan dan sebagainya. Ajak dan dorong manusia kea rah kehidupan beragama dengan tidak meminggirkan tuntutan hidup sebagai manusia biasa. PAS perlu memenuhi semua tuntutan kehidupan duniawi rakyat setempat yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Beliau turut menyelar tindakan kerajaan haram BN Perak yang mempolitikkan isu masjid dan isu dewan undangan negeri Perak baru=baru ini. Seterusnya beliau menyeru pimpinan PAS memperkasakan organisasi parti di semua peringkat. Sebenarnya kita sekarang berada pada peringkat menyediakan golongan pemimpin yang akan mengurustadbir negeri dan negara pasca PRU ke-13 ini. ‘ Biduk sudah di air, pendayung sudah di tangan ‘ berdayunglah sebaik mungkin menuju pantai di seberang.
Para pendokong parti juga digesa memberikan perhatian penuh kepada urusan mentarbiyyah ahli keluarga. Jangan sampai anak-anak terbiar meskipun ahli-ahli rancak berjuang, Sesungguhnya kegagalan kita mendidik anak-anak akan mencacatkan perjuangan suci yang kita dokongi selama ini, Imbangilah jihad kita dengan tugas utama =memelihara ahli daripada api neraka ‘ . Laksanakan strategi untuk berjaya di dalam kedua-dua usha murni ini. Serangan peribadi yang berleluasa hari ini menuntut ahli-ahli PAS bersih semuanya. ‘Kebaikan orang-orang yang baik masih kurang pada mata ahli maksiat’.
Beliau turut menceritakan tentang kejyaan kita menyampaikan dakwah melalui permuafakatan kita di dalam Pakatan Rakyat sehingga kini. Ramai pimpinan DAP khususnya telah mendapat gambaran yang jelas tentang Islam malahan ada yang mampu menyelitkan ayat dan terjemahan Al-Quran dan Hadis di dalam ucapan mereka. Ramai yang memahami beberapa syariat Islam seperti pengharaman arak dan judi, pengasingan jantina di dalam majlis dan banyak contoh lain lagi.
Kita juga harus bersedia untuk menghadapi pilihanraya setempat pada bila-bila masa. Tidak kira mana parti yang akan bertanding di DUN Tualang Sekah. Lipatgandakan usaha, yang penting kemungkaran dan kezaliman BN wajib ditumbangkan !
Kembalikan semua pendokong parti kita termasuk yang veteran untuk sama-sama berjuang. Inilah masanya yang sesuai untuk meraparkan hubungan sesama kita. APCO hanyalah simbol penjajahan pemikiran Yahudi kepada umat Islam. Sedarilah bahaya Yahudi ini dan oleh kerana itu, tidak ada sebab untuk kita bertelagah. Fokuskan segala gerak kerja kita dan teruskan bermunajat kepada ALLah SWT. Moga kita semua akan diberikan kemenangan. Takbir !
Baju kuning tu bila pula nk kena tukar ke sabah?...